About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

04 January 2011

LA LIGA Game 17 : Getafe vs Real Madrid

- 0

Monday January 3, 2011 Day 17 Finished Coliseum Alfonso Pérez

Getafe CF 2 - 3 Real Madrid


  • Parejo 29’
  • Albin 85’
  • Cristiano Ronaldo 12’ (pen.), 57’
  • Özil 19’
BARCELONA - Cristiano Ronaldo meledak gol ke-19 daripada 17 perlawanan musim ini apabila dua jaringannya semalam membantu Real Madrid menewaskan Getafe 3-2 untuk kekal dua mata di belakang 
pendahulu Liga Sepanyol, Barcelona.
Pada perlawanan tersebut, penalti Ronaldo dan jaringan Mesut Ozil memberikan kelebihan 2-0 buat Real sebelum Daniel Pa- rejo merapatkan kedudukan buat pasukan tuan rumah.

Ronaldo menjaringkan gol ketiga Real pada awal babak kedua tetapi mereka terpaksa beraksi 10 pemain setelah Alvaro Arbe- loa dibuang padang pada minit ke-82 dan dua minit kemudian Getafe akhirnya berjaya memperoleh gol kedua menerusi Juan Albin.

Perlawanan tersebut turut menyaksikan bintang Brazil, Kaka kembali beraksi buat kali pertama setelah dia menjalani pembedahan selepas Piala Dunia 2010.

"Pada suatu ketika, saya sendiri tidak pasti dapat beraksi semula. Tetapi semua itu sudah berlalu dan saya harap dapat beraksi pada tahap seperti sebe- lum ini," kata Kaka.

Sementara itu, biarpun Real berjaya mencatat kemenangan keempat berturut-turut dan menamatkan rekod kemenangan Getafe, jurulatih Real, Jose Mourinho masih belum gembira dengan prestasi pasukan.

"Saya tidak suka pada pasukan saya ini. Kebiasaannya kami lebih padat dan fokus. Pasukan saya perlu bertahan dengan lebih baik," kata Mourinho. - AFP
  •  
  •  
  •  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...