About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

23 January 2011

BPL Game 24 : Arsenal vs Wigan

  1. Van Persie treble sinks Wigan

Saturday January 22, 2011 Day 24 Finished Emirates Stadium



Arsenal 3 - 0 Wigan Athletic



  • van Persie 22’, 58’, 85’
LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memuji jaringan hatrik Robin van Persie ketika mengalahkan Wigan 3-0, namun memberi amaran pemain Belanda itu tidak boleh mendedahkan diri kepada risiko cepat padam sentuhan gol, ketika sasaran Gunners mahu menyapu bersih empat trofi.


Van Persie, yang turut gagal menyempurnakan penalti pada perlawanan tersebut, kini kembali ke prestasi terbaiknya setelah berehat tiga bulan akibat kecederaan pergelangan kaki pada awal musim.

Wenger menegaskan, penyerang itu tidak boleh menjangkakan dia akan diturunkan dalam setiap perlawanan.

"Dia kini sudah kembali ke prestasi asal. Dia telah cergas dan sentuhannya kian tajam sejak minggu lalu.

"Adalah penting kerana kami mendapat kembali khidmatnya.
"
Jadi saya harap dia terus cergas sehingga hujung musim dan segala-galanya terserah kepada kami untuk menggunakan dia pada kadar yang betul pada perlawanan yang kami harungi.

"Kami mengamalkan sistem penggiliran, kami tiada pilihan. Saya rasa kami beraksi sembilan perlawanan pada bulan Januari.

"Ia aksi paling banyak yang pernah kami harungi. Jadi kami perlukan sistem penggiliran.Kami mempunyai pemain yang hebat di bangku simpanan.

"Dia mengawal dengan baik. Dia bijak jadi sudah tentu kami mahu dia beraksi,'' katanya. - AFP

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...