About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

10 January 2011

LA LIGA Game 18 : Deportivo Coruna vs Barcelona

  1. Barcelona dispose of Depor

Saturday January 8, 2011 Day 18 Finished Estadio Riazor

Deportivo La Coruña 0 - 4 FC Barcelona

  • Villa 26’
  • Messi 52’
  • Iniesta 80’
  • Pedro 81’
MADRID - Lionel Messi menjaringkan gol menerusi sepakan bebas dan membuka gerakan untuk dua lagi gol Barcelona, ketika membelasah pasukan tuan rumah Deportivo Coruna 4-0 kelmarin dan berkelebihan lima mata di tangga teratas Liga Sepanyol.

Pemain terbaik dunia dari Argentina itu, yang tersenarai untuk anugerah Ballon d'Or FIFA bersama rakan sepasukan Xavi dan Andres Iniesta hari ini, melakukan sepakan bebas pada minit ke-51, setelah sebelum itu membuka gerakan gol pembukaan yang disempurnakan David Villa.

Iniesta menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-80 dan hantaran bijak Messi tidak dipersia-siakan Pedro, yang menjaringkan gol keempat.

Penyandang juara itu mengekalkan rekod sempurna di tempat lawan dalam La Liga untuk mengumpul 49 mata daripada 18 perlawanan, sekali gus memberi tekanan kepada pencabar mereka, Real Madrid yang menentang pasukan di tangga ketiga, Villarreal di Bernabeu, awal pagi semalam.

Barca melebarkan rekod tanpa kalah dalam 26 perlawanan pada semuakejohanan, namun penyerang Sepanyol, Villa tetap berwaspada.

"Prestasi kami mungkin bagus tetapi kami berdepan saingan pasukan seperti Real Madrid, yang tidak jauh ketinggalan daripada kami. Saingan masih panjang,'' katanya.

Ditanya siapa bakal memenangi anugerah Ballon d'Or, iaitu anugerah Pemain Terbaik Dunia hari ini, Villa berkata: ''Di bilik persalinan, memang ada pendapat umum tetapi tidak kisah siapapun. Bagi kami, sudah memadai kerana bakal pemenang adalah di kalangan kami juga.''

Dalam perlawanan sebelum itu, dua jaringan dalam tempoh tiga minit oleh Luis Fabiano dan satu daripada Frederic Kanoute, membantu Sevilla bangkit mencatat kemenangan 3-2 di Real Sociedad.

Kemenangan ketujuh Sevilla dalam semua kejohanan, membantu menjulang skuad bimbingan Gregorio Manzano naik ke tangga kesembilan dengan 26 mata selepas 18 games.

Mereka di belakang Athletic Bilbao menerusi perbezaan gol selepas skuad Basque itu seri 1-1 di Malaga. -  

REUTERS

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...