About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

23 January 2011

LA LIGA Game 20 : Fc Barcelona vs Racing Santander

  1. Barca claim record league win

Saturday January 22, 2011 Day 20 Finished Camp Nou

FC Barcelona 3 - 0 Racing Santander



  • Pedro 2’
  • Messi 33’ (pen.)
  • Iniesta 56’
MADRID: Juara bertahan, Barcelona melebarkan jarak kepada tujuh mata dari Real Madrid di tangga teratas carta liga divisyen satu Sepanyol kelmarin apabila gol daripada Pedro Rodriguez, Lionel Messi dan Andres Iniesta memastikan kemenangan 3-0 di gelanggang sendiri ke atas Racing Santander.

Barcelona yang tewas 3-1 kepada Real Betis pada perlawanan Piala Raja Sepanyol pertengahan minggu - tetapi mara ke separuh akhir menerusi agregat 6-3 - bangkit untuk mencatat permulaan sempurna dengan pemain sayap Sepanyol, Pedro menjaringkan gol ke-11 peribadinya dalam liga hanya kira-kira 90 saat perlawanan bermula.
 
Barcelona mara mencatatkan kemenangan ke-14 berturut-turut dalam liga dan mengekalkan rekod kemenangan di gelanggang lawan dengan sembilan kemenangan setakat ini.
 
“Menjaringkan gol pada minit kedua membantu kami berasa selesa dan ini adalah kemenangan yang penting,” kata penyerang Barcelona, David Villa.

“Kami berasa amat gembira dan ia penting kepada kami untuk berada di tangga teratas. Kini, kita perlu tunggu dan lihat sama ada kami bertuah dan Real Madrid gagal menang (menentang Real Mallorca).”

Real di bawah kendalian Jose Mourinho kini berada dalam tekanan untuk merapatkan kembali jurang kepada empat mata apabila mereka menjadi tuan rumah kepada Real Mallorca di Santiago Bernabeu awal pagi semalam. - AFP

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...