About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

27 January 2011

LA LIGA Game 20 : Real Madrid vs Malllorca

 

  1. Benzema strike rescues Real

Sunday January 23, 2011 Day 20 Finished Bernabéu



Real Madrid 1 - 0 RCD Mallorca



  • Benzema 61’
MADRID: Karim Benzema membalas kritikan yang dilemparkan terhadapnya dengan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-61 untuk Real Madrid menewaskan Mallorca 1-0 kelmarin, seterusnya kekal empat mata di belakang pendahulu liga Sepanyol, Barcelona.

Penyerang Perancis itu menerima hantaran di depan pintu gol, menggelecek ke sebelah kiri dan menewaskan penjaga gol, Dudu Aouate dengan rembatan leret untuk gol keduanya dalam liga musim ini.
 
Jaringan itu membolehkan Madrid kekal rapat dengan Barcelona walaupun menampilkan aksi kurang mantap di stadium Santiago Bernabeu dengan Cristiano Ronaldo beraksi di bawah keupayaan sebenar dan Kaka yang kurang berkesan digantikan pada separuh masa.
 
Benzema beraksi sebagai pemain gantian pada dua perlawanan lalu dan minggu lalu menerima kritikan jurulatih, Jose Mourinho dan perancang Brazil, Kaka kerana gagal meletakkan dirinya sebagai penyerang nombor satu pasukan ketika Gonzalo Higuain tersisih akibat kecederaan.

“Dia mempunyai karektor hanya memikirkan diri sendiri tetapi perlahan-lahan bersikap terbuka dan dia mendapat sokongan setiap orang dalam bilik persalinan,” kata kapten Madrid, Iker Casillas mengenai Benzema. “Dia mempunyai bakat besar, tetapi masalahnya ialah harapan disandarkan terhadapnya sangat besar sejak awal lagi.”

Mourinho berkata, Madrid kurang bertenaga melancarkan serangan dan keadaan itu ketara sehingga Mesut Oezil menggantikan Kaka dan Xabi Alonso masuk menggantikan Fernando Gago pada babak kedua. - AP

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...