About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

27 January 2011

BPL Game 24 : Bolton vs Chelsea

  1. Clinical Chelsea thrash Bolton

 

Monday January 24, 2011 Day 24 Finished Reebok Stadium

Bolton Wanderers 0 - 4 Chelsea


  • Drogba 11’
  • Malouda 41’
  • Anelka 56’
  • Ramires 74’
BOLTON: “Sukar untuk merapatkan jurang, (Manchester) United ketika ini sudah jauh di depan dan kami perlu melakukan segala-galanya untuk bangkit. Tetapi saya yakin kami mampu lakukannya,” itulah luahan pengurus pasukan Chelsea, Carlo Ancelotti mengenai peluang pasukannya untuk memintas United di puncak liga.


Pengendali berbangsa Itali itu berkata, ia juga bergantung kepada persembahan United.
“Jika mahu merapatkan jurang, kami perlu menang kedua-dua perlawanan menentang United. Kami akan melayan kunjungan mereka terlebih dulu dan sangat penting untuk kami menggunakan segala kekuatan dan personaliti kami.”
Beliau mengakui dua pertemuan pasukannya dengan United akan menentukan sama ada mereka berpeluang mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Skuad kendalian Ancelotti menikmati kemenangan pertama di tempat lawan sejak Oktober selepas menundukkan Bolton 4-0 kelmarin - sekali gus merapatkan jurang dengan United kepada tujuh mata sebelum pendahulu itu melunaskan perlawanan tertangguh bertemu Blackpool awal pagi tadi.

Didier Drogba membuka jaringan untuk Chelsea, diikuti Florent Malouda, Nicolas Anelka dan Ramires membuatkan Bolton tergelincir ke tangga ke-10 liga selepas mengalami empat kekalahan dalam lima perlawanan. - AFP

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...