About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

30 January 2011

LA LIGA Game 21 : Hercules vs Barcelona

 

  1. Barca win to equal record

Saturday January 29, 2011 Day 21 Finished Estadio José Rico Pérez

Hércules CF 0 - 3 FC Barcelona


  • Pedro 43’
  • Messi 87’, 89’
MADRID - Pasukan bimbingan Pep Guardiola, Barcelona mencatat sejarah apabila menyamai rekod kemenangan terbanyak dalam Liga Sepanyol yang dipegang musuh ketat mereka, Real Madrid.



Kecemerlangan Lionel Messi dan jaringan Pedro Rodriguez telah melengkapkan kemenangan 3-0 mereka di Hercules, iaitu kemenangan ke-15 mereka, yang menyamai rekod 50 tahun milik skuad legenda Real Madrid yang diketuai Alfredo di Stefano pada musim 1960/61.


"Ia adalah satu penghormatan kerana berkongsi rekod ini dengan skuad Alfredo Di Stefano.


"Rekod mereka bertahan selama setengah abad dan ini menunjukkan ia adalah sukar untuk dicapai.


"Memang wujud suasana yang menakjubkan di kalangan pemain.


"Aksi di padang sentiasa sukar buat kami dan kami akan beraksi pada perlawanan esok selepas mengharungi banyak perlawanan, namun di sebalik semua itu, para pemain sekali lagi telah mendapat pengajaran yang berguna.


"Mereka sedar terhadap betapa pentingnya kemenangan di sini dan peluang untuk menyamai rekod, ia memberikan kami semangat,'' kata Guardiola


Barcelona, yang kini tujuh mata meninggalkan Real Madrid di tangga teratas liga selepas Madrid kalah 0-1 di Osasuna, mampu mengatasi rekod tersebut dengan kemenangan di tempat sendiri ke atas Atletico Madrid hujung minggu ini.


"Ia adalah perlawanan penting (menentang Hercules), seperti lain-lain pasukan, tetapi ia adalah kemenangan istimewa buat kami


"Ia merupakan satu penghormatan kerana menyamai rekod kemenangan terbanyak. Ia penting buat kami dan sama-sama berharap untuk meneruskan kecemerlangan ini,'' kata penjaga gol Victor Valdes.


Barca mengharungi musim menakjubkan dengan menang 19 daripada 21 perlawanan setakat ini dan bakal mencatat rekod liga dari segi pungutan mata terbanyak apabila telah pun mengumpul 52 mata pada separuh musim saingan liga.


Pada musim lalu, Barcelona mengumpul 99 mata iaitu pungutan mata tertinggi dan pada 2009 mereka menjadi kelab Sepanyol pertama yang memenang trofi La Liga, Piala Raja Sepanyol dan Liga Juara-Juara. - AFP

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...