About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

14 January 2011

Copa Del Ray : Last 8 ( 1st Leg ) Fc Barcelona vs Real Betis

  1. Messi toasts award with hat-trick

Wednesday January 12, 2011 Quarter-final FinishedCamp Nou


FC Barcelona 5 - 0 Real Betis

  • Messi 44’, 62’, 73’
  • Pedro 76’
  • Keita 83’
MADRID - Lionel Messi meraikan kejayaannya meraih anugerah Ballon d'Or dengan mencatat jaringan hatrik ketika membantu Barcelona membelasah Real Betis 5-0 dalam saingan suku akhir Copa del Rey, kelmarin.


Messi yang mengetepikan saingan rakan sepasukan, Andres Iniesta dan Zavi Hernandez untuk merangkul anugerah Ballon d'Or diberi penghormatan sebelum permainan dimulakan.

Pada perlawanan kelmarin, Barcelona terpaksa menunggu sehingga minit ke-44 untuk merobek gawang Betis menerusi Iniesta yang berganding untuk menewaskan penjaga gol, Casto Espinosa.

Selain Espinosa yang terpaksa bekerja keras, penjaga gol Barcelona, Jose Manuel Pinto juga berjaya menafikan beberapa percubaan bahaya.

Cumanya, Espinosa agak malang apabila gagal menahan asakan bertali arus Messi pada minit ke-64 apabila bola bolos ke dalam gawangnya.

Messi kemudian melengkapkan hatrik pada minit ke-73, selepas berjaya melepasi perangkap ofsaid ketika menyambut hantaran Xavi sebelum menewaskan Espinosa untuk kali yang ketiga.

Espinosa sekali lagi mempamerkan persembahan buruknya apabila gagal menangkap kemas bola rembatan Daniel Alves yang mudah menolak bola kepada Pedro Rodriguez untuk menjaringkan gol.

Persembahan Betis bagaimanapun harus dipuji apabila berjaya mengekang gawangnya daripada bolos dalam babak pertama, malah serangan mengejut yang diketuai Ruben Castro juga memaksa Pinto bekerja keras.

''Kami tidak bermain dengan baik dalam babak pertama tetapi bangkit ke permainan sebenar dalam babak seterusnya,'' kata Xavi.

Sementara itu, Alves berkata, permainan cemerlang yang ditunjukkan Messi sewajarnya menjadikan pemain itu layak dipilih memenangi anugerah Ballon d'Or.

''Saya berpendapat perdebatan tentang kewajaran Messi memenangi anugerah itu patut dihentikan. Dia berhak untuk menang,'' kata pemain antarabangsa Brazil itu.

Barcelona pernah mencatat kemenangan berterusan dalam 27 perlawanan dalam kejohanan yang sama pada musim 1973-74. - AP




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...