About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

10 January 2011

LA LIGA Game 18 : Real Madrid vs Villarreal

  1. Ronaldo hat-trick sees Real past Villarreal

Sunday January 9, 2011 Day 18 Finished Bernabéu


Real Madrid 4 - 2 Villarreal CF

  • Cristiano Ronaldo 9’, 45’, 79’
  • Kaká 82’
  • Cani 7’
  • Rubén 18’
MADRID - Real Madrid bangkit daripada ketinggalan sebanyak dua kali untuk menewas- kan Villarreal 4-2, sekali gus terus mengekalkan rekod bersih di laman sendiri.
Kemenangan itu membolehkan Real mengekori rapat pendahulu Liga Sepanyol, Barcelona dengan jurang dua mata.


Pada aksi awal pagi semalam, kemenangan itu diraih menerusi ledakan hatrik Cristiano Ronaldo pada minit kesembilan, 45 dan 79 manakala satu lagi gol sumbangan pemain gan- tian, Kaka minit ke-82.

Dua jaringan Villarreal pula diperoleh mene- rusi Cani (7) dan Marco Ruben (18).
Dengan tiga jaringan terbaru itu, Ronaldo kini berada di tangga teratas senarai penjaring terbanyak musim ini dengan 22 gol.

"Saya sekadar melakukan tugas saya dan ke- semua gol ini tidak akan terhasil tanpa bantuan rakan-rakan sepasukan.

"Musim masih panjang dan saya mahu mene- ruskan rentak cemerlang ini bagi membantu Real memenangi kejuaraan," kata Ronaldo.

Jurulatih Real, Jose Mourinho dilihat merai- kan setiap jaringan pasukannya dengan agak melampau sehingga menyebabkan kemarahan penyokong dan pemain Villarreal.

Malah jurulatih Villarreal, Juan Carlos Gar- rido diperintah meninggalkan bangku simpanan setelah beliau membantah gol ketiga Ronaldo yang dikatakan berada dalam kedudukan ofsaid.

"Pengadil cukup takut untuk membuat kesilapan apabila berdepan Real tetapi tidak lupa ketika berdepan pasukan lain.

"Terdapat tiga situasi apabila pemain Real sepatutnya dilayangkan kad kuning dan ia tidak berlaku," kata Garrido.

Sementara itu, Mourinho pula berkata: "Saya raikan gol tersebut bersama anak saya yang berada di belakang tempat duduk penyokong lawan. Pemain Villarreal ingat saya melakukan provokasi terhadap penyokong mereka." - AFP

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...