About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

30 January 2011

FA CUP - Round 4 - Everton vs Chelsea

  1. Kalou saves sluggish Chelsea

Saturday January 29, 2011 4th Round Finished Goodison Park

Everton 1 - 1 Chelsea


  • Saha 62’
  • Kalou 75’
LONDON - Juara bertahan, Chelsea memerlukan gol penyamaan daripada pemain gantian, Salomon Kalou yang menjadi penyelamat apabila seri 1-1 di Everton pada pusingan keempat Piala FA semalam.


Penyerang Ivory Coast itu bijak menyudahkan serangan balas pantas pada minit ke-75 dengan sepakan menarik ke penjuru gawang untuk gol penyamaan, yang memberikan Chelsea perlawanan ulangan di Stamford Bridge.

Everton mengawal permainan dalam tempoh yang panjang pada perlawanan di Goodison Park dan menjaringkan gol menerusi tandukan kemas penyerang Perancis, Louis Saha, hasil sepakan sudut Leighton Baines pada minit ke-62.

Chelsea hampir menjaringkan gol kemenangan namun percubaan pemain tengah dari Brazil, Ramires terkena palang pada minit ke-86.

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...