About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

08 January 2011

FA CUP - Round 3 - Arsenal vs Leeds United

  1. Late penalty saves Arsenal against Leeds

Saturday January 8, 2011 3rd Round Finished Emirates Stadium

Arsenal 1 - 1 Leeds United


  • Fábregas 90’ (pen.)
  • Snodgrass 54’ (pen.)
LONDON - Cesc Fabregas masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit akhir permainan bagi membantu Arsenal mencatat keputusan 1-1 di tempat sendiri menentang pasukan divisyen dua, Leeds United pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA, semalam.


Leeds, yang menewaskan Manchester United di Old Trafford pada pusingan ketiga Piala FA tahun lepas, hampir melakukan satu lagi kejutan selepas Robert Snodgrass menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-54 apabila Max Gradel dikasari Denilson.

Bagaimanapun, keputusan pengurusnya, Arsene Wenger memasukkan pemain ternama seperti Theo Walcott dan Fabregas selepas ketinggalan 0-1 membuahkan hasil apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti pada minit-minit akhir perlawanan apabila Ben Parker mengasari Walcott. Fabregas melaksanakan tugasnya dengan baik.

Aksi separuh masa pertama memperlihatkan Asenal mengusai permainan dengan beberapa percubaan bahaya, termasuk percubaan Andrei Arshavin yang tidak dikawal dalam petak penalti pada minit ke-11 namun usaha pemain Rusia itu berjaya dihalang penjaga gol Leeds, Kasper Schmeichel.

Leeds cuba membalas dengan memperoleh peluang terbaik menjaringkan gol pada minit ke-14 hasil kesilapan Tomas Rosicky, namun percubaan penyerang mereka Luciano Becchio di dalam petak penalti diselamatkan Wojciech Szczesny.

Arshavin sekali lagi memperoleh peluang terbaik mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-26, hantaran Maraoune Chamakh menuju ke arah pemain tengah Arsenal itu bagaimanapun sepakan voli yang dilakukannya dalam petak penalti dinafikan Schemeichel.

Bendtner hampir meletakkan Arsenal di depan sebelum separuh masa pertama tamat tetapi percubaannya pada sudut sukar mudah dibaca Schmeichel.

Impian untuk melihat Arsenal memecah kebuntuan pada separuh masa kedua tidak berhasil, sebaliknya pasukan pelawat berjaya memperoleh gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-54 selepas Gradel dijatuhkan Denilson.

Snodgrass yang ditugaskan mengambil sepakan penalti tenang menewaskan Szczesny. – Agensi

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...