About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

07 January 2011

BPL Game 22 : Arsenal vs Manchester City

  1. Duo off as Man City hold Arsenal

 

Wednesday January 5, 2011 Day 22 Finished Emirates Stadium



Arsenal 0 - 0 Manchester City 

LONDON: Arsenal menggegar tiang Manchester City dua kali namun gagal mencari jalan membolosi jaring lawan apabila dua pesaing kejuaraan Liga Perdana itu mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan, awal pagi semalam.


Percubaan Robin van Persie dan Cesc Fabregas dinafikan tiang gol ketika serangan bertali arus dilancar pada babak pertama menentang City yang kurang mencabar.

Percubaan bertenaga jarak jauh Van Persie selepas satu jam bermain dinafikan Joe Hart dan penjaga gol City itu sekali lagi menghalang percubaan penyerang Belanda itu di masa kecederaan.

“Cara kami mendominasi perlawanan sangat positif,” kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger. “Saya fikir kami mempunyai banyak peluang berbanding apa yang anda biasa saksikan pada perlawanan seperti ini. Pada pandangan saya, mereka kelihatan bermain untuk tidak tewas... mereka datang untuk keputusan 0-0.” 

Kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan 10 pemain apabila Pablo Zabaleta dibuang padang pada minit ke-89 kerana mengasari Bacary Sagna yang turut dibuang padang kerana cuba menanduk pertahanan City itu.

Arsenal kekal dua mata di belakang City di tempat ketiga dengan bermain kurang satu perlawanan. Keputusan seri itu menyebabkan City yang berada di kedudukan kedua ketinggalan dua mata kepada pasukan jiran, Manchester United yang turut mempunyai kelebihan dua perlawanan.

“Perlawanan ini penting kerana sukar untuk bertandang ke sini dan mendapatkan mata. Kami mahu mendapatkan tiga mata tapi ia perlawanan yang sukar. Arsenal memang berada di tahap terbaik pada masa ini.

“Keputusan seri bagus. Pasukan bermain sangat baik dan Hart beraksi hebat menyelamatkan beberapa percubaan,” kata pertahanan City, Kolo Toure selepas berdepan dengan bekas kelabnya itu. Ketika pengurus City, Roberto Mancini dipaksa untuk menelan dakwaan persembahan pasukannya tidak menarik, Toure memuji barisan pertahanan pasukannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...