bercakap pasal Anugerah Juara Lagu (AJL25) ni, sepatutnya malam tadi aku ada kat stadium tengok secara live
aku rasa tak kurang dari 10 orang member aku yang janji nak bagi tiket, tapi macam biasalah, bila makcik minta, pak sedara minta, pak su minta, dah tentu kengkawan tu dianggap ‘waiting list’ ajalah
memandangkan aku pun tak begitu teruja nak pergi, so aku pun bgtau diaorang, korang bagi jelah kat sedara-mara korang tu, lagipun nak drive bersesak-sesak ke sana pun aku fikir dua tiga kali juga
first of all, aku ucap tahniah ler kat penerbitnya,
bagi aku TV3 dah melakukan yang terbaik untuk AJL25 ni (walaupun aku masih tak faham apa yang mereka maksudkan dengan konsep ala ‘mind-mapping’ yang digembar-gemburkan itu)
aku malas nak komen dari sudut teknikal kerana bagi aku camera work, lighting, grafix, sound semua tu kira OKlah bagi orang yang tak tau sangat pasal benda ni, macam majoriti daripada kita
pun begitu, nampak ketara kerap berlaku masalah ‘lipsynch’ (maksudnya bibir tak selari dengan audio), audio pun ada problem terutama bagi penonton di rumah, kekadang muzik lagi kuat dari suara penyanyi, kekadang bunyi macam speaker pecah pun ada
mengenai pengacara, aku rasa cukuplah setakat ini Faizal, Ally dan Cheryll mengacarakan AJL
banyak lawak mereka nampaknya tak menjadi, hanya bergantung kepada lawak ‘broken English’ yang Salleh Yaacob dah buat dulu, tak terkecuali lawak Hantu Mak Limah
yang aku paling bosan, bila mereka bertiga asyik dok buat cerita pasal diri masing-masing…si Faizal tak abis-abis mengenakan Ally pasal ‘pendek’, Ally tak habis-habis mengenakan Faizal pasal ‘botak’, itu semua skrip recycle AJL tahun lepas, dah basi
intro mereka mengenai satu-satu persembahan pun kekadang terlalu meleret, macam Y.B kat kampung berceramah (mungkin sebab artis tak ready kat stage kot)
costume mereka bertiga pun agak sedih, tak perlu over tapi bagi aku janganlah sampai sesimple malam tadi, tak menggambarkan langsung AJL yang gah itu, tapi overall still OK, taklah teruk cuma tak nampak kelainan seperti yang diharapkan
mengenai persembahan, terus-terang, aku cukup keliru dengan konsep AJL
bagi aku, zaman bawa penari satu bas RapidKL dah tak perlu, cukuplah era Noraniza Idris dulu
setakat nak bawa konsep ala-ala teaterikal dan magic tu still kita boleh consider sebagai OK, tapi kekadang aku tak nampak konsep ala teater atau magic, yang aku nampak macam SARKAS adalah hahahahahaha
dari segi lagu yang masuk ke final ni, terus terang, aku cukup rindukan lagu-lagu yang indah seperti mana yang pernah dicipta oleh Manan Ngah, A.Ali, Saari Amri, Fauzi Marzuki, M.Nasir (sekadar menyebut beberapa komposer)
bagi aku, maaf cakap, kebanyakan lagu-lagu dari band Indie telah menyebabkan AJL jadi ‘spoil’
aku tak nampak mana ‘gahnya’ lagu-lagu mereka sehingga boleh layak masuk ke final, setakat layan kat radio bolehlah yeop
betul, mereka mempunyai peminat yang tersendiri, tetapi itu belum bermakna mereka bagus, ibaratnya murtabak yang jual kat bulan puasa, memang laku sebab jarang dapat pada hari biasa, tapi itu belum tentu sedap sheikkhhhhhhh
setakat ini aku cukup bangga dengan kelahiran Meet Uncle Hussein…walaupun mereka ini Indie band, tetapi muzik mereka cukup mantap, suara ex-vokalisnya, Lan cukup memukau
tetapi tidak bagi Bunkface dan Hujan, bagi aku untuk duduk di final AJL, mereka masih belum layak, maaf cakap, kalau suara macam Noh Hujan tu, pemenang tempat ketiga Pertandingan Karaoke Zon Selayang lagi sedap weh
apapun tabik spring aku berikan pada Hafiz, bukan sangat sebab ‘magic’ yang dia buat, tetapi lontaran serta kawalan vokalnya sangat hebat bagi seorang pendatang baru. Tak sangka mamat yang muka macam Herman Tino ni boleh buat gimik yang marvelous di akhir persembahannya walaupun di awal persembahannya, dia macam orang kena selsema burung
begitu juga Adira but not Shahir…Shahir ternyata ‘lembik’, tak bertenaga, pesakit buasir pun tak nyanyi macam tu!
what about Faizal Tahir? ermmm, apalagi nak dikatakan, aku setuju dengan pengacara tiga orang tu, setiap kali masuk final, dia pasti akan membawa persembahan yang cukup menaikkan bulu roma
persembahan Hanyut tu memang paling dahsyat yang pernah aku tengok dalam AJL, cara dia kareograf persembahannya, cara dia hanyati lagu yang dibawanya, bagi aku memang terbaeeekkkkk dari ladang!
akhir sekali aku nak komen mengenai persembahan Interlud membabitkan Sharifah Aini, Ziana Zain dan Siti Nurhaliza
bagi aku Ziana Zain ‘pukul habis’ lagi dua orang tu
bagi aku Kak Pah bawa salah lagu, apalah istimewa sangat lagu Kau Tinggi Di Awan Biru dan Oh Di Mana berbanding beratus lagi lagunya yang lebih hebat dan popular, so kemunculannya tu TAK NAMPAK yang dia tu hebat, sedangkan inilah peluang terbaik dia nak buat ‘comeback’ setelah lama menghilang
bila Siti Nurhaliza pilih lagu etnik Kreatif macam Badarsila ngan Cindai tu, bukannya tak best, tapi rasa macam tak kena, sepatutnya dia pilih lagu yang lebih mencabar vokalnya dan bukan lebih mencabar tubuh montoknya tu, ops!!!
tetapi tidak buat Ziana Zain, memang bagi aku dia akan terus menjadi penyanyi hebat sepanjang zaman
walaupun dah beranak pinak, suara tetap macam anak
walaupun tak senyaring berbanding zaman kegemilangannya, tetapi ia dah cukup membuatkan bulu roma aku jatuh satu-persatu di atas karpet yang aku beli kat GIANT hari tu
keputusan? memang aku tak boleh blah tapi takpelah, AJL memang terkenal dengan keputusannya yang ntah apa-apa
tapi bab Hafiz ngan Faizal Tahir menang, aku cukup setuju (siap angkat dan goyang-goyang tangan ala-ala Usop dalam filem Hantu Kak Limah)
apapun ini cuma pandangan aku yang main gitar pun tak reti ni
after all tahniah pada semua yang terlibat especially TV3
cakap memang mudah, cuba kita sendiri yang handle AJL ni, silap haribulan show budak kat tadika KEMAS lagi best untuk ditonton hahahahaha
dah la tu, mamak, Milo suam kurang manis sato!
ambil dari blog
http://syahrilkadir.wordpress.com/2011/01/09/anugerah-juara-lagu-ajl25/
nak ngulas sendiri malas......
No comments:
Post a Comment