Sunday January 30, 2011 4th Round Finished Emirates Stadium
Arsenal 2 - 1 Huddersfield Town
- Clarke 22’ (o.g.)
- Fábregas 86’ (pen.)
Fabregas yang masuk sebagai gantian pada babak kedua, menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-86 selepas kelab Liga Satu.
Gol kemenangan Fabregas hadir selepas tonggak pertahanan Huddersfield, Jamie McCombe menjatuhkan penyerang Arsenal, Nicklas Bendtner dalam kotak penalti dan Fabregas yang ditugaskan mengambil sepakan menyempurnakannya dengan baik.
Kemenangan ini amat melegakan skuad Gunners, yang sebelum itu terpaksa mengharungi separuh permainan dengan 10 pemain selepas Sebastien Squillaci dibuang padang beberapa minit tamat separuh masa pertama.
Tuah nyata menyebelahi Arsenal semalam, kerana selain dihadiahkan penalti, gol pembukaan yang diperoleh pasukan itu adalah hasil daripada jaringan sendiri oleh Peter Clarke pada minit ke-22.
Jaringan berpunca daripada hantaran cantik Marouane Chamakh yang disambut dengan rembatan Bendtner, namun Clarke yang cuba menghalang bola, sebaliknya menolak ia ke gawang sendiri.
Huddersfield bagaimanapun tidak menunjukkan rasa gemuruh, sebaliknya beraksi dengan berani dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan Alan Lee pada minit ke-66.
Ketika permainan hampir diheret ke perlawanan ulangan pusingan keempat, Fabregas muncul penyelamat Arsenal dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti, empat minit sebelum wisel penamat ditiupkan untuk memberi kelegaan buat seluruh peminat Gunners.
Sementara itu, Edin Dzeko dari Bosnia mencipta jaringan sulungnya pada minit ke-80 untuk pasukan Liga Perdana England, Manchester City bangkit dengan penyamaan lewat dan mengikat Notts County 1-1 dalam satu lagi perlawanan pusingan keempat Piala FA. - AFP
No comments:
Post a Comment