About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

07 January 2011

BPL Game 22 : Wolves vs Chelsea

  1. Defeat at Wolves deepens Chelsea woe

Wednesday January 5, 2011 Day 22 Finished Molineux

Wolverhampton Wanderers 1 - 0 Chelsea



  • Bosingwa 5’ (o.g.)
WOLVERHAMPTON: Carlo Ancelotti tegas menyatakan beliau tidak bimbang dengan kemungkinan dipecat walaupun impian kelabnya mempertahankan gelaran semakin tipis selepas tewas 1-0 di tangan Wolves.


Masa depan Ancelotti bersama Chelsea dilihat semakin tidak menentu apabila hanya mencipta satu kemenangan sepanjang sembilan perlawanan dan kekalahan terbaru itu menyaksikan mereka kini ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu, Manchester United.

Keputusan memalukan ketika menentang Wolves yang sebelum sepak mula berada di dasar liga, hanya menambah tekanan buat pengendali Itali itu.

Untuk menamatkan saingan di kelompok empat teratas serta slot ke Liga Juara-Juara musim depan amat sukar direalisasi the Blues ketika ini.

Teapi Ancelotti tidak bimbang dengan reaksi pemilik kelab, Roman Abramovich.


“Adakah saya terkejut jika dipecat? Ya. Itu memang bukan pilihan saya tetapi saya harap terus membimbing kelab ini,” kata Ancelotti.


“Saya mahu kekal di sini, mempunyai hubungan yang baik dengan pemain serta kelab. Saya tidak takut kehilangan kerjaya cuma bimbang andainya pasukan ini tidak mendapat keputusan diinginkan.

“Memang benar kami tidak begitu bagus ketika ini tetapi pasukan memiliki skil, kemampuan dan personaliti untuk terus beraksi. Penting untuk bersatu dan bekerjasama.

“Kami kalah lagi tetapi perlu terus berjuang. Kami perlu bekerja keras, menumpukan perhatian dan bersaing untuk gelaran musim ini.

“Memang terdapat jurang yang besar tetapi yang penting ialah kami perlu bangkit untuk menang satu demi satu perlawanan.


“Tiada apa yang berubah ketika ini tapi saya akui sukar memenangi liga musim ini tapi masih mempunyai Piala FA dan Liga Juara-Juara.” Ancelotti mengaku tersilap ketika mengeluarkan kenyataan ‘kami pasti menang’ sehari sebelum perlawanan.


“Saya tersilap. Saya melihat pemain bekerja keras. Saya tidak nampak ada masalah dalam pasukan.


“Mereka mempunyai semangat tinggi tetapi ia tidak cukup. Kami perlu lebih fokus dalam beberapa perkara lain,” katanya. - AFP


    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...