About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

20 January 2011

FA CUP - Round 3 ( Reply ) - Leed United vs Arsenal

  1. Arsenal dump out plucky Leeds

Wednesday January 19, 2011 3rd Round Finished Elland Road

Leeds United 1 - 3 Arsenal


  • Johnson 37’
  • Nasri 5’
  • Sagna 35’
  • van Persie 76’
LEEDS - Arsene Wenger berkata, hubungan Cesc Fabregas dan Denilson tiada sebarang masalah, ekoran pemain Brazil itu dikatakan mengkritik ketua pasukan Gunners dalam satu temubual.


Bercakap kepada televisyen di Brazil, Denilson mempersoalkan kualiti yang terdapat pada Fabregas dengan berkata: ''Fabregas adalah kapten pasukan kami tetapi, dia bukan ketua kami."

Wenger menafikan wujud pertelagahan, selepas kedua pemain itu membantu Arsenal mengalahkan Leeds 3-1 pada perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA di Elland Road, semalam.

''Saya tidak rasa ulasan yang dibuat Denilson terlalu serius, namun ulasan telah pun dibuat, mungkin terjemahannya nampak terlalu teruk di England. Mungkin juga penterjemah mempunyai niat yang buruk.

''Mereka kawan baik, menghormati satu sama lain. Saya mempunyai ketua di dalam pasukan. Cesc adalah kapten dan (Robin) Van Persie adalah naib ketua, kami berkongsi kepimpinan dan ramai yang boleh menjadi kapten.

''(Samir) Nasri adalah kapten pada malam ini. Cesc adalah seorang ketua yang baik, jika dilihat pada faktor umurnya yang baru berusia 22 tahun, '' kata Wenger.

Fabregas juga berpandangan sama, dengan tidak mengambil kisah kata-kata Denilson, sambil memuji persembahan rakannya itu di Elland Road.

Jaringan Nasri dan Bacary Sagna membantu Arsenal mendahului, sebelum Bradley Johnson mengurangkan defisit gol, hasil rembatan dari jarak 30 meter.

Van Persie yang masuk sebagai pemain gantian menjadikan kedudukan 3-1, lima minit sebelum perlawanan tamat.

''Semua orang sukakan spekulasi, tetapi kami di sini mahu bermain bola sepak dan kepimpinan pemain yang anda boleh lihat pada malam ini.

''Kami berjaya menguasai bola, bermain bersama dan menang sebagai satu pasukan. Kami mahu melakukan yang terbaik di dalam semua pertandingan dan mahu membuktikannya.

''Tidak banyak yang kami tidak mengenai Leeds, tetapi mereka bermain baik ketika di Emirates. Kami lebih hebat pada malam ini dan bermain cukup cemerlang,'' kata Fabregas.

Arsenal mampu menamatkan kemarau kejuaraan selama enam musim, dengan kemenangan semalam meletakkan skuad Wenger masih kekal dalam pemburuan empat trofi.

Mereka kini dua mata di belakang Manchester United dalam Liga Perdana, layak ke separuh akhir Piala Liga dan antara 16 pasukan terakhir dalam Liga Juara-Juara.

Gunners akan berdepan pasukan Divisyen 3, Huddersfield Town di pusingan keempat Piala FA pada 30 Januari ini. - AFP

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...