Saturday January 15, 2011 Day 23 Finished Stamford Bridge
Chelsea 2 - 0 Blackburn Rovers
- Ivanovic 57’
- Anelka 76’
LONDON - Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti mempertahankan Didier Drogba yang disifatkan semakin hampir menemui semula sentuhannya.
Drogba menjadi salah seorang pemain Chelsea yang diancam kehilangan tempat dalam kesebelasan, namun Ancelotti tetap berkeras anak buahnya itu telah semakin baik selepas dikaitkan dengan malaria pada awal musim lalu.
''Didier sudah hampir pada prestasi terbaiknya. Permainannya semakin baik walaupun tidak menjaringkan gol. Pada separuh masa kedua dia berperanan membantu rangkaian pemain tengah. Sikapnya langsung tidak menyombong diri.
''Sekalipun dia bukan pemain yang deras lariannya, namun dia bagus kerana memiliki kekuatan tersendiri dan kemahiran.
Tahun lepas dia menjaringkan 40 gol, mungkin musim ini dia kurang mendapat peluang tetapi inilah yang kadang-kala berlaku terhadap seorang penyerang,'' kata Ancelotti selepas menyaksikan Chelsea menang 2-0 ke atas Blackburn di Stamford Bridge, kelmarin.
Ancelotti juga percaya kemampuan sebenar Chelsea menamatkan musim sukar kebelakangan ini bakal terjawab apabila bertandang ke Bolton.
Chelsea yang sebelum ini menang besar 7-0 ke atas Ipswich dalam saingan Piala FA membawa semangat itu untuk mengutip tiga mata ke atas Blackburn walaupun kemenangan kelmarin adalah yang kedua dalam 10 perlawanan liga dilaluinya.
Prestasi yang merudum akhir-akhir ini meletakkan tekanan berterusan terhadap Ancelotti sekalipun jurulatih itu mendakwa masih mendapat sokongan yang padu daripada pemilik kelab, Roman Abramovich.
Malah, Ancelotti turut percaya pasukan bimbingannya itu itu sudah bersedia untuk kembali menyerlah seperti memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris musim lalu.
Apa pun, dia percaya ujian sebenar atas kejayaan dua perlawanan lalu akan teruji sekali lagi di Bolton minggu depan.
''Saya dapat rasakan saat suram kami semakin ketinggalan. Kita akan dapat tahunya apabila menentang Bolton selepas ini,'' ujarnya.
Jaringan gol pada babak kedua menerusi Branislav Ivanovic dan Nicolas Anelka melengkapkan kemenangan Chelsea sekali gus menafikan dia telah hilang kepercayaan kepada pemain-pemain senior. - AFP
No comments:
Post a Comment