West Ham United 0 - 3 Arsenal
Bekas pengurus Chelsea dan Portsmouth itu terpaksa mengharungi sebahagian besar musim ini dengan masa depannya sering dipersoalkan. Kekalahan kepada Arsenal tidak memperbaiki keadaan sebaliknya hanya mengusutkan lagi kedudukan mereka yang kini kekal menghuni tangga tercorot Liga Perdana.
Grant sedar pihak media di Britain mula melaporkan bahawa dia akan dipecat. Dengan memetik sumber dalaman kelab, akhbar-akhbar tempatan turut mendedahkan bahawa Martin O'Neill, bekas pengurus Aston Villa sudah bersetuju untuk menggantikannya.
Grant diberitahu maklumat tersebut didedahkan oleh orang dalam kelab itu sendiri, namun dia berkeras untuk tidak mendedahkan sama ada bekar dia akan meninggalkan West Ham selepas dua jaringan Robin van Persie dan satu menerusi Theo Walcott kelmarin menghadiahkan kekalahan terbaru kepada pasukannya.
"Mengapa anda tanya soalan ini? Adakah anda mendapat laporan? Di mana. Televisyen? Kalau benar ada berita seperti itu maka anda kena bertanya orang yang memberitahu khabar angin tersebut.
"Anda kata maklumat ini diberikan oleh sumber, jadi tanyalah pada sumber itu sendiri,'' balas Grant saat ditanya mengenai spekulasi kedudukannya.
Jurulatih kelahiran Israel itu berulang kali menegaskan, apa yang dia tahu dia masih pengurus West Ham dan akan terus menggalas tugas tersebut sehingga pemilik bersama, David Sullivan dan David Gold mahukan dia berhenti.
"Saya ada kerja untuk dilaksanakan. Perlawanan adalah perkara paling penting, tugas saya adalah melatih dan bukan menanya atau menjawab soalan,'' kata Grant. - AFP
No comments:
Post a Comment