About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

27 January 2011

Copa Del Ray : Semi Final ( 1st Leg ) Sevilla vs Real Madrid

  1. Real edge Sevilla in fiery first-leg


Wednesday January 26, 2011 Semifinal Finished Estadio Ramón Sánchez Pizjuan

Sevilla FC 0 - 1 Real Madrid


  • Benzema 17’
MADRID - Gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona berada di landasan untuk menempah pertembungan sesama sendiri dalam babak akhir Piala Raja Sepanyol selepas memenangi aksi separuh akhir pertama masing-masing, semalam.

Barca selesa membelasah Almeria 5-0 di Nou Camp tetapi Real pula berdepan perlawanan kontroversi sebelum menumpaskan penyandang juara, Sevilla 1-0 hasil jaringan tunggal penyerang Perancis, Karim Benzema.

Barcelona dan Real meneruskan dominasi mereka dalam saingan La Liga ke Piala Raja Sepanyol dan jika kedua-dua pasukan berjaya melepasi halangan separuh akhir kedua, Rabu ini bermakna mereka akan bertemu pada perlawanan akhir pada 20 April, hanya beberapa hari selepas bertemu dalam perlawanan liga di stadium Real, Santiago Bernabeu.

Sementara itu, aksi tegang mewarnai perlawanan Real dan Sevilla di Stadium Sanchez Pizjuan semalam, semuanya berpunca daripada jaringan Sevilla yang tidak dibenarkan oleh pengadil dan membawa kepada pesta kad kuning.

Malah, keadaan menjadi bertambah buruk apabila penjaga gol Real, Iker Casillas turut dibaling objek keras oleh penonton sejurus wisel penamat ditiupkan dan ia mengenai kepalanya.

Mujurlah dia tidak mengalami kecederaan serius.

Benzema, yang menjaringkan gol kedua liga, Ahad lalu meletakkan Real di depan pada minit ke-17 selepas bertukar hantaran dengan Mesut Ozil sebelum meluru ke kawasan penalti dan menewaskan dua pertahanan lawan.

Dia kemudian melepaskan hantaran rendah yang gagal diselamatkan penjaga gol, Andres Palop.

Sevilla menjangkakan mereka berjaya menyamakan kedudukan beberapa minit sebelum tamat babak pertama apabila Luis Fabiano menewaskan Casillas dan menyepak bola ke arah pintu gawang yang kosong.

Raul Albiol pantas mengeluarkan bola, namun ulang tayang televisyen menunjukkan bola itu sudah melepasi garisan sebelum Albiol menyentuhnya.

Sementara itu, di Nou Camp, Barca sudah menunjukkan taring sejak babak pertama lagi apabila mendahului 4-0.

Pemain Terbaik Dunia, Lionel Messi membuka jaringan seawal minit kesembilan, sebelum David Villa menggandakan kedudukan 2-0, dua minit kemudian.

Messi meledakkan gol keduanya pada minit ke-16 untuk melebarkan kedudukan 3-0 dan Pedro memberi keselesaan buat tuan rumah selepas rehat babak pertama dengan menyumbat gol keempat pada minit ke-30.

Pemain gantian, Seydou Keita melengkapkan pesta gol Barca apabila menerima hantaran Messi dan menewaskan penjaga gol lawan, Esteban untuk jaringan kelima tuan rumah. - Reuters

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...