Sebuah lagi filem dari Metrowealth yang menarik untuk dikongsi bersama berjudul Kongsi. Filem ini yang dibarisi oleh pelakon popular seperti Sam Shaheizy & Bront akan menembusi pasaran pawagam pada tahun 2011.
“Lu Langsi, Lu Mati”, satu trademark yang pasti menjadi ikutan orang ramai. Beberapa adegan lucu yang dipaparkan dalam trailer Kongsi, kebanyakannya mempertontonkan Sam Shaheizy memainkan watak sebagai ahli kongsi yang terlampau berani, tetapi amat clumsy.
Buat pertama kali juga kami melihat kereta Evo polis menjadi taruhan penting dalam aksi kejar mengejar. Logik juga, takkan’lah nak kejar Nissan GTR (betul ke kereta tu?) ahli kongsi gelap dengan Waja polis. Dan, jarang juga kita melihat kereta polis dihancurkan dalam babak filem, tetapi dalam filem Kongsi, babak hancur menghancur dipaparkan – epik sungguh!
Sinopsis Filem Kongsi: Lu Langsi, Lu Mati
Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan
.
ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.
ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.
No comments:
Post a Comment