Arsenal 1 - 1 Leeds United
- Fábregas 90’ (pen.)
- Snodgrass 54’ (pen.)
Leeds, yang menewaskan Manchester United di Old Trafford pada pusingan ketiga Piala FA tahun lepas, hampir melakukan satu lagi kejutan selepas Robert Snodgrass menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-54 apabila Max Gradel dikasari Denilson.
Bagaimanapun, keputusan pengurusnya, Arsene Wenger memasukkan pemain ternama seperti Theo Walcott dan Fabregas selepas ketinggalan 0-1 membuahkan hasil apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti pada minit-minit akhir perlawanan apabila Ben Parker mengasari Walcott. Fabregas melaksanakan tugasnya dengan baik.
Aksi separuh masa pertama memperlihatkan Asenal mengusai permainan dengan beberapa percubaan bahaya, termasuk percubaan Andrei Arshavin yang tidak dikawal dalam petak penalti pada minit ke-11 namun usaha pemain Rusia itu berjaya dihalang penjaga gol Leeds, Kasper Schmeichel.
Leeds cuba membalas dengan memperoleh peluang terbaik menjaringkan gol pada minit ke-14 hasil kesilapan Tomas Rosicky, namun percubaan penyerang mereka Luciano Becchio di dalam petak penalti diselamatkan Wojciech Szczesny.
Arshavin sekali lagi memperoleh peluang terbaik mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-26, hantaran Maraoune Chamakh menuju ke arah pemain tengah Arsenal itu bagaimanapun sepakan voli yang dilakukannya dalam petak penalti dinafikan Schemeichel.
Bendtner hampir meletakkan Arsenal di depan sebelum separuh masa pertama tamat tetapi percubaannya pada sudut sukar mudah dibaca Schmeichel.
Impian untuk melihat Arsenal memecah kebuntuan pada separuh masa kedua tidak berhasil, sebaliknya pasukan pelawat berjaya memperoleh gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-54 selepas Gradel dijatuhkan Denilson.
Snodgrass yang ditugaskan mengambil sepakan penalti tenang menewaskan Szczesny. – Agensi
No comments:
Post a Comment