Bolton Wanderers 0 - 4 Chelsea
- Drogba 11’
- Malouda 41’
- Anelka 56’
- Ramires 74’
Pengendali berbangsa Itali itu berkata, ia juga bergantung kepada persembahan United.
“Jika mahu merapatkan jurang, kami perlu menang kedua-dua perlawanan menentang United. Kami akan melayan kunjungan mereka terlebih dulu dan sangat penting untuk kami menggunakan segala kekuatan dan personaliti kami.”
Beliau mengakui dua pertemuan pasukannya dengan United akan menentukan sama ada mereka berpeluang mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.
Skuad kendalian Ancelotti menikmati kemenangan pertama di tempat lawan sejak Oktober selepas menundukkan Bolton 4-0 kelmarin - sekali gus merapatkan jurang dengan United kepada tujuh mata sebelum pendahulu itu melunaskan perlawanan tertangguh bertemu Blackpool awal pagi tadi.
Didier Drogba membuka jaringan untuk Chelsea, diikuti Florent Malouda, Nicolas Anelka dan Ramires membuatkan Bolton tergelincir ke tangga ke-10 liga selepas mengalami empat kekalahan dalam lima perlawanan. - AFP

No comments:
Post a Comment